Friday, March 19, 2010

Gwailo bercakap Melayu?

Beberapa hari yang lalu, saya bertemu dengan kawan seorang kawan yang lain. Kawan baru tersebut bertanya saya datang dari mana. Saya menjawab: "Malaysia!". Kawan baru tu pun berkata ya ke dan tiba-tiba bertutur dalam BM: "Apa khabar? Adakah kamu bercakap Bahasa Malaysia?" Amboi... budak tu bercakap dengan fasih lagi. Hati saya pun terkejut kerana...apa ni? Orang putih pun tau cakap BM? Dunia saya pun tunggang terbalik. Saya pun terasa malu kerana BM saya sudah berkarat mau masuk longkang.

Untuk makluman anda, dengan susah payah baru saya dapat menulis perenggan kat atas. Dan juga dengan pertolongan dari laman web ini.

Aih..kesiannya saya.

No comments:

Post a Comment